10/11/2017





1. Berbual tentang pizza, cekodok, Tuscan dan Casablanca.

2. 
















3. Saya ke pasar malam dan mendapati diri saya mulai melihat tanda harga dalam mata wang Dollar. Kebab satu Dollar. Hmm, epal 16 biji 2.50 Dollar. Oh Tuhan, apa yang telah terjadi kepada saya ni?

4. Ada kumpulan-kumpulan draf yang tidak menemui pembacanya. Saya cuma barangkali menaipnya dalam separa sedar-berfikir sambil menongkat tinju sebelah kiri ke dagu-sebelum terlelap.

5. Saya tidak pernah berjenaka apabila mengajak kawan-kawan rapat, tak kisahlah yang rockstar, mat filsuf, malah kaki lipat sekalipun untuk pergi membuat umrah.

6. Stamina mental semakin berkurang untuk tulis panjang.

8/08/2017

Selamat hari lahir, wahai diri.


Tubuh ini akan mengkhianati saya kelak. Seperti mana tempoh hari, mati muda adalah sebahagian daripada pertimbangan. Dan lalu perlu memikirkan bagaimana untuk berhadapan dengan kespontanan untuk memenangi akhirat, berkhayal agar diampun Tuhan, mendahulukan doa sebanyak-banyaknya kepada orang tua dan teman-teman, hubungan dengan manusia yang tergendala, kehibaan tidak dapat mengatur sesuatu untuk masyarakat. 

Nilai wang dan subjek amorous cumalah sekadar perbualan mengisi waktu di kedai-kedai makan. Tentang pengamatan dan illusi fantasi berhubungan dalam institusi berumah tangga. Hidup adalah lebih besar untuk sekadar disandarkan pada keinginan. Tetapi adalah lebih menyakitkan terperangkap adalam emosi yang reaktif, ingin hidup semula dengan tugas kenabian-- tapi tidak mampu; ketidakmampuan untuk lebih mengetahui alam ini, tiada kurnia kekuatan untuk menekuninya. Dan kita cuma menanggung kejelikkan menyakitkan hati melihat pencerahan-pencerahan dan moral yang terkandung kontigensi ego individu.

Dan saya tidak tahu harus bagaimana untuk membawa umur yang sarat ini menuju 30-an, dan mencari jalan untuk menghadiri semua hal.




8/05/2017


1. Setelah lapan bulan menghidupi kehidupan yang sihat, sebatang cancer stick won't hurt saya fikir.

2. Buka peti ais pagi Ahad, ada bekas makanan, kimchi di dalamnya. Tidak rasa cukup adventure untuk bersarapan dengan jeruk sayur yang diperam pedas.

3. Semacam satu fondness dalam diri saya kepada Hulu Langat dan Masjid Tanah.

4. Makan biskut Hup Seng dengan keju cheddar (as a sandwich?) sambil dengar Angel Olsen-Women live at KEXP.

5. Minggu yang sarat berat.

6. Here come the August 7th.

8/02/2017

August just being August


1. Everything’s ended up kind of average. There's a silent grudge from the old academics. Boleh ajak bertumbuk soon.

2. Dalam satu bulatan memperkenalkan nama dalam pertemuan dengan delegasi dari Tehran. Dan mereka dari Tehran ini, ada yang bercakap dengan bahasa Inggeris Amerika, mengaku boleh berbahasa Sepanyol dan sikit-sikit Itali, ada yang mendalami French Studies. To my suprise, di sebelah kanan saya lelaki Melayu hampir sebaya dengan bidang kajian akulturasi di Mexico.Di baris kiri saya, sekiranya mengikut giliran ada beberapa orang dari Malaysia menjadi pengiring delegasi, ekonomi politik dari Manchester dan beberapa dari  kajian pembangunan serta pemikiran. Dan saya, terpaksa keluar berpura-pura membuat panggilan tanpa perlu perkenalkan diri.

3. Geram dengan ketidakmampuan wakil tempatan untuk menjawab soalan dan membentang up to their level. Of course, saya juga kecewa pada diri sendiri.

4. Hello Americans, you reading this?

5. Umur yang sesuai untuk sebuah self-sabotage.


7/21/2017



1. Katakan, filem Bunohan cuba untuk memperlihatan sebuah wacana Kelantan tanpa agama Islam. Dan, Islam-lessness ini bergerak dengan sebuah mitologi naratif metafizik yang kemudian diganggu sebuah arus perdana pembangunan-moral baru-moral kapitalisme. Cuma soalan saya, apakah ada sebuah keinginan oleh seorang exoticist budaya daripada Publika, liberal atau humanis untuk mempertahankan narafif metafizik dalam pada masa yang sama menyuruh kepada sebuah pembebasan kefahaman kepada Islam yang lebih kontemporari?

2. Migraine tetiba.

3. Beli French Press dulu, mesin espresso boleh tunggu.

4. Mendengar Rachel Yamagata, Saturday Morning.

5. Saya percaya untuk bersantai tanpa perlu berfikir yang keras-keras, tontonlah We Bare Bears.




7/19/2017


1. Dah guna alasan tidak memiliki meja tulis selama enam bulan untuk tidak menulis.

2. Nota 14/4/14: Saya sedang baca Crime and Punishment. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun datang kepada saya dan menunding muka depan buku yang saya pegang itu dan bertanya, abang pernah pergi ke tempat ni? saya diam sebentar. Kemudian menjadi diam yang lama.

3. Sesuatu tentang St. Petersburg dan Raskolnikov.

4. Kata sang pengantin baru: "Jemputlah makan lagi, nasi kumpul duit dua puluh ribu ni".

5. Voyeurism kedai kopi mahal.

6. Ponteng kerja sebab nak baca buku suka-suka dan  kegelisahan kerana overdose kafein.

7. So, milujes ho?




6/28/2017

Salam Aidilfitri


Ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh saya. Saya mulai tarik nafas dan kemas rumah, masukkan baju persalinan ke dalam backpack. Pilih buku yang saya hendak baca serta dapatkan pen dan buku nota. Usung backpack naik motosikal, dan parking apabila sudah sampai. Beli buah epal potong dan sebotol air mineral. Sambil mengunyah, berjalan kaki ke unit kecemasan. Saya duduk, empat orang doktor menghadiri saya sekaligus. Ada jarum panjang, doktor sedang marah-marah dan uniform hijau.

Ada houseman, seorang perempuan muda yang kaget melihat saya. Mungkin melihat saya terlalu bersendiri. Di birai katil, ada pada fikiran saya, siapa lagi yang boleh diharapkan melainkan diri sendiri? Kami sambung berbual, melihat watak periangnya mungkin ini adalah normal sebelum tahun ketiga atau keempat berubah menjadi dingin dan kelak mengambil sampel darah dengan buru-buru dan kasar.

Apa lagi selain menanggapi fikiran-fikiran mati muda, harapan untuk sihat kembali dan sekian janji yang berulang kali kepada Tuhan. Di luar tingkap, langit biru membentang cahaya antara Putrajaya dan Serdang. Ada rimbunan pohon-pohon besar berbentuk seakan brokoli yang kelihatan sedap.